Ads Space

5 Sebab Mansuh Subsidi Ron95 dan Diesel

No comments




Hi semua, sebelum ini admin ada baca entry untuk sebab musabab RON97 kurang 20sen (Sila rujuk sini) Sekarang, admin nak bagi 5 lagi sebab musabab pemansuhan Subsidi RON95 dan Diesel. Moh kita baca entry di bawah:

AMARAN KERAS: Baca dan fahami entry ini dengan bantuan pakar. Admin tidak bertanggungjawab untuk segala yang berlaku terhadap anda selepas membaca entry ini.


1. Untung:
Untung la pihak-pihak yang untung. Hehe, kurang sikit beban nak tampung subsidi minyak-minyak ni. Boleh guna untuk 'kepentingan' lain.

2. Takut orang marah:
Mana orang tak marah kalau harga minyak pasaran dunia lagi murah dari minyak di kawasan sendiri. Dah la jadi negara pengeluar minyak. Kalau harga lagi tinggi dari tempat orang, pengguna pula yang dikhuatiri naik minyak.

3. Boleh support subsidi Ron97:
Baru-baru ni ada umum untuk bagi subsidi minyak untuk RON97, supaya bajet tak lari jauh,guna subsidi yang dahulu dapat pada RON95 untuk bagi pada RON97

4. Paksa orang guna Ron97:
Dah kalau harga RON97 lagi murah atau hampir sama dengan RON95, mestila orang akan guna RON97 yang lebih bagus kualiti dia. Rakyat Malaysia kan pandai memilih. hehe.

5. Rakyat diutamakan:
Pihak berwajib tahu bahawa RON95 tak berapa nak bagus untuk enjin kenderaan. Nanti rosak la enjin kereta yang dibeli mahal-mahal. Dah la interest loan kenderaan tinggi,tak kan senang-senang nak bagi enjin rosak dengan guna minyak yang kurang kualiti. So, pihak-pihak ini dah bagi motivasi untuk rakyat pilih yang lebih baik. So, gunalah RON97.

Begitulah 5 sebab yang dapat dihurai secara ringkas oleh admin. Kalau hurai panjang,korang bukan nak baca sangat pun.hehe. Semoga admin sentiasa ada ilham untuk buat entry lain untuk blog ni.

No comments :

Post a Comment