Ads Space

Sebab Musabab Harga Petrol RON97 TURUN!

No comments


Sebab Musabab Harga Petrol RON97 TURUN!

Berita gembira buat rakyat Malaysia sekalian. HARGA MINYAK PETROL TURUN!!  Ye,memang harga minyak petrol turun. Tapi, yang RON97 (dari RM2.75 kepada RM2.55) - turun 20sen. Moh kita buat diskus kenapa dia boleh turun. Lebih tepat lagi, ini adalah sebab musabab kenapa harga RON97 diturunkan. Kalau nak tahu, kena la baca sampai habis.

AMARAN KERAS- baca dengan tanggungjawab anda sendiri. Jangan salahkan admin kalau anda menghempas laptop/dekstop,tablet dan seumpama dengannya selepas membaca artikel ini.

 Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

1- Nak ringankan beban rakyat:-
Betul la tu, ringankan beban rakyat yang guna RON97 walaupun kita tahu yang guna tu semua yang berpendapatan sederhana (ni kena rujuk statement yang sorang menteri tu buat). Kesian kat golongan-golongan ni,baru nak merasa harga minyak dikurangankan.

2- Kajian terperinci telah dibuat:
Dah lama pihak berwajib buat kajian. Dah buat kajian, mesti ada tindakan. Baru la berbaloi dengan masa dan segala sumber-sumber untuk buat kajian. Kalau tak,rakyat tuduh mereka-meraka ni tak buat kerja la,makan gaji buta la, dan tuduhan-tuduhan lain. ( Sakit pulak ati kita wak )

3- Ini subsidi bersasar:
Kita tak mahu semua orang dapat menda yang sama. Kan adil tu tak semestinya kena bagi semuanya sama. Kita kena bagi ikut patut. Jadi, subsidi ini memang patut sebab tak semua orang boleh dapat. Lagipun, tak ramai yang guna RON97. Berapa sangat la subsidi yang disalurkan untuk kurangkan harga 20sen tu. Tak luak pun. Hari tu kan dah kurangkan subsidi untuk RON95. Ramai yang guna, boleh lah nak topup untuk RON97 tu.

4- Pengguna RON95 kaya raya:
Sudah ramai pengguna RON95 yang berstatus berpendapatan tinggi. Cuma sebab dah terbiasa guna RON95, maka mereka terus menggunakan RON95 sebagai tanda taat setia. Lain pula halnya dengan meraka yang selalu menggunakan RON97. Elaun mereka telah dikurangkan sehingga menyebabkan meraka merasakan gaji yang ada hanya cukup-cukup makan. Mujurlah ada elaun-elaun tambahan dan juga pelbagai bonus tahunan. Itu pun cukup-cukup je nak bayar RON97.

5- Syukurlah Malaysia masih aman:
Walau apa pun yang berlaku, kita harus bersyukur kerana negara ini masih aman. Kalau di tempat orang lain mungkin sedang berperang, kena wabak Ebola, kebuluran dan sebagainya. Tempat kita ni cuma turun harga RON97 je. Syukurlah.

Begitulah 5 sebab yang berjaya dikupas untuk masa ini. Walaupun ada banyak lagi, admin percaya semuanya dapat difikirkan oleh pembaca-pembaca bijak bestari sekalian.


No comments :

Post a Comment