Bila Hati Berbicara Episod 13
SINOPSIS DRAMA BILA HATI BERBICARA
Mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar
belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah
yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania
Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di
kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar
cita-citanya.
Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania
tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada
penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati
Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada
syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.
Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah
seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah
jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk
menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.
Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya,
Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan
ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah
memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan
Badri yang juga mahu menawan hati Tania.
No comments :
Post a Comment