• MH370
1 / 1
SHAH ALAM – Sebuah kapal carian Go Phoenix dilengkapi peralatan sonar Pro Synthetic Aperture Sonar (ProSAS Side Scan Sonar) dijangka menyertai operasi mencari MH370.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kemudahan tersebut ditawarkan kepada Malaysia-Australia dalam mengesan pesawat tersebut.

“ProSAS yang dipasang di Go Phoenix mempunyai kemampuan untuk mengesan sehingga kedalaman 6000 meter dan boleh menjalankan usaha carian sehingga 194 kilometer persegi setiap hari.

“Selain itu, kapal Go Phoenix juga dilengkapi dengan sonar multibeam untuk titik-titik buta,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Beliau dalam pada itu mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat menjayakan usaha tersebut.

“Sumbangan ini adalah bukti keterangkuman Malaysia bagi menempuh fasa seterusnya dalam usaha pencarian MH370.

“Ini adalah harapan dan komitmen kami dalam operasi pencarian yang dijalankan ke atas pesawat MAS tersebut,” jelasnya lagi.