Ads Space

Harimau Malaya Layak ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki Cup 2014

No comments
Harimau Malaya Layak ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki Cup 2014








Pasukan kebanggaan negara layak ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki Cup 2014 apabila berjaya meraih kemenangan terhadap Singapura dengan keputusan 3-1.

Separuh masa pertama berkahir tanpa jaringan dari kedua-dua pasukan. Namun, pada minit ke 61, pemain jersi no 10, Safee berjaya menjaringkan gol pertama buat pasukan Harimau Malaya.

Pasukan Singapura berjaya menyamakan kedudukan pada 10 minit terakhir hasil dari sepakan percuma yang tidak berjaya ditampan kemas oleh penjaga gol, Khairul Fahmi dan berjaya disudahkan oleh pemain Singapura, Amri.

Namun, sepakan penalti yang diambil oleh Safiq Rahim pada minit-minit akhir perlawanan memastikan pasukan negara berada di hadapan.

Gol ketiga merupakan gol bonus apabila Indra berjaya melakukan sepakan gol mudah dalam 'counter attack' kerana ketiadaan penjaga gol Singapura yang cuba membantu pasukannya mengambil tendangan sudut terakhir untuk perlawanan pada malam ini.


Gol Pertama

Gol kedua
Gol ketiga

No comments :

Post a Comment