Ads Space

Tragedi balik pasar malam

No comments

Tragedi balik pasar malam


Padang Terap: Seorang abang tidak menyangka tindakan adiknya menolak pelawaan mengikutnya ke Pulau Pinang bagai memberi petanda apabila arwah pergi buat selama-lamanya selepas terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 8, Jalan Kuala Nerang-Jitra, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 8.45 malam berhampiran Kampung Malau A Mukim Kurung Hitam mengakibatkan Muhammad Syahid Salim, 21, maut di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.
Rakan sekampungnya, Mohd Akbar Sanusi, 18, yang membonceng motosikalnya turut maut manakala seorang penunggang motosikal lain Muhammad Amirul Akbar Jaafar, 20, turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara, Mohd Fahmi Radzi, 22, parah termasuk cedera pada leher selain patah tangan dan kaki kanan, manakala Mohd Fikri Abd Rahman, 16, hanya cedera pada muka serta kanan badan.
Foto
MUHAMMAD Syahid dan Mohd Akbar dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Nai Teh, Kuala Nerang.

Mohd Fahmi menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, sementara Mohd Fikri dirawat di Hospital Kuala Nerang, di sini.

No comments :

Post a Comment