Ads Space

Sanggup Membeli Mahkota Bernilai RM10,000 Untuk Peroleh Pelacur Paling Jelita

No comments

Kuala Lumpur: Pelanggan lelaki yang sanggup membeli mahkota bernilai RM10,000 bakal memperoleh pelacur import paling jelita.

Itu antara tarikan sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama di sini, yang dikesan menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) termasuk lima pondan yang diimport khas dari Thailand bagi menarik kehadiran pelanggan ke premis itu.

Rata-rata pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks GRO di premis itu diwajibkan membeli mahkota, kain selempang atau jubah pada harga antara RM50 hingga RM10,000 setiap satu.

Barangan dibeli itu kemudian akan disarungkan pada GRO itu oleh pelanggan sebagai simbolik wanita terbabit sudah ditempah khas.

Kegiatan maksiat itu bagaimanapun berjaya ditumpaskan selepas sepasukan anggota daripada Pasukan Khas Dalam Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/ Maksiat/ Kongsi Gelap (STAGG) menyerbu premis itu pada jam 1 pagi semalam. ─ myMetro online

No comments :

Post a Comment