Ads Space

Luar Biasa: Inilah Gambar Paling Terkenal di Dunia Yang Tidak Sengaja Tertangkap Kamera

No comments

Jangan sampai kehilangan mood ketika bercuti. Itu biasanya dilakukan oleh jurugambar 
yang dengan sabar menanti moment semasa membidikkan kameranya. Namun, hal 
berbeza dilakukan oleh seekor tupai yang kemudian menjadi terkenal, kerana dia tiba-tiba 
muncul di depan kamera, sebelum kamera itu secara automatik merakam gayanya.
Melissa Brandts dan suaminya Jackson, dari Minneapolis, Minnesota, menetapkan waktu 
pada kamera untuk sebuah jepretan romantis berdua dengan latar belakang tasik. Selagi
 menunggu saat-saat kamera secara automatik terklik mereka berdua, tiba-tiba seekor 
tupai nakal bergaya di depan kamera. Dan … klik! “Tupai itu bergaya dengan manisnya 
di depan pasangan ini.

PQAAAOQtR-8IqOMNTK5000oEDq53Zt0soyJ5OGkEeYcT6XD98_ZjM6vf61l4ofRRTXvNkNdtAv4BBWIcFHbEBTzRKrkAm1T1UFXUkitYmwYbDCPcuIYm698SAlQH.jpg (780×558)
Mrs Brandts berkata: “Kami telah menyiapkan kamera di batuan dan semasa bersedia untuk 
mengambil gambar, tiba-tiba ada tupai yang tertarik muncul dari dalam tanah dan semakin
 hairan dengan suara fokus lensa kamera yang berputar.”
Gambar diambil dengan latar belakang Tasik Minnewanka di Taman Negara Banff, Kanada. 
Kelihatan model yang berbulu dengan hidung hitam menonjol berdiri dan kini telah menjadi 
bintang antarabangsa.
Ini kerana, wajah tupai itu terpampang di laman web National Geographic dalam saluran 
galeri Gambar “Your Shot”. Tak lupa, ada keterangan tentang gambar tersebut. “Ini adalah 
moment yang hanya sekali dalam seumur hidup. Ketika itu kami pun mentertawakan, 
makhluk kecil itu.”

No comments :

Post a Comment