Ads Space

Stong tagih nyawa pendaki

No comments

Stong tagih nyawa pendaki


Kuala Krai: Raungan pilu ibu bapa seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang maut akibat lemas selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, dekat sini, ketika melihat pemandangan waktu senja membuatkan pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Krai diselubungi suasana hiba, semalam.
Dua warga emas lingkungan 60-an itu dilihat berpelukan sambil menangis selepas dimaklumkan seorang rakan mangsa mengenai kejadian menimpa anak mereka.
Dalam kejadian kelmarin, mangsa, Lee Jun Jie, 23, bersama 22 pelajar dari universiti terbabit tiba di Dabong, dekat sini, kira-kira jam 4 petang, sebelum dibawa beberapa pemandu pelancong rakyat tempatan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di Kem Baha sebagai satu aktiviti luar universiti berkenaan.

Selepas tiba di kem berkenaan kira-kira jam 7 malam, mangsa yang berasal dari Thoh Yi Drive, Singapura dan mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal, meninjau pemandangan waktu senja sebelum tergelincir akibat tebing licin berikutan hujan sebelum itu.
Foto
ANGGOTA bomba dan JPAM berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang terjatuh ke dalam lubuk kawasan air terjun Gunung Stong.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam air terjun Stong yang jaraknya kira-kira 10 meter dari tebing tempat dia terjatuh dan terus hilang.

No comments :

Post a Comment