Saman sperma RM600,000
Saman sperma RM600,000
Oleh Murni Wan Omar
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berketurunan
Bosnia memfailkan saman terhadap bekas kekasihnya dan menuntut RM600,000
kerana mendakwa dirinya dipergunakan bagi mendapatkan sperma
berkualiti.
Plaintif, Ervin Ahbabovic, 41, yang bekerja sebagai pengarah komersil
di syarikat tempatan memfailkan saman menerusi Tetuan The Law Chambers
of Mohamad Fauzi di Mahkamah Tinggi, di sini, Jumaat lalu.
Ervin yang memegang status penduduk tetap menjalinkan hubungan dengan
defendan iaitu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun pada 2008 dan
mempunyai seorang anak.
Selepas melahirkan anak mereka, defendan
didakwa sering bergaduh selain mendakwa wanita itu mempunyai keinginan
seksual yang tinggi dan melakukan hubungan sekurang-kurangnya enam kali
sehari.
Ervin mendakwa defendan ada menyatakan bahawa dia sebenarnya
dipergunakan sebagai alat pemuas seks (gigolo) selain bagi mendapatkan
sperma miliknya.
No comments :
Post a Comment