A Samad Said dikehendaki polis
A Samad Said dikehendaki polis
Oleh Isma Ismail dan Mohd Hafis Nawawi
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan dua aktivis, Hishamudin Rais dan
Adam Adli ditahan bagi membantu siasatan polis berkaitan kibaran bendera
Sang Saka Malaya.
Menurutnya, KDN menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada polis untuk siasatan lanjut.
"Saya baru dimaklumkan penahanan mereka ini dan belum ada maklumat lanjut lagi mengenainya.
"Penahanan mereka ini berdasarkan kepada beberapa laporan polis yang
dibuat badan bukan kerajaan NGO dan parti politik mengenai tindakan
sekumpulan individu yang dikatakan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya
pada sambutan Malam Ambang Kemerdekaan ke-56," katanya.
Difahamkan, kedua-dua aktivis terbabit ditahan di Lembah Klang pagi tadi.
Sementara itu polis meminta Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said
menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis
sebelum ini telah ke rumahnya namun beliau tiada dan memintanya tampil
menyerah diri.
Menurutnya, pihaknya akan menyiasat kes itu mengikut Akta
Hasutan kerana cuba menghasut orang ramai dengan mengibarkan bendera
Sang Saka Malaya yang jelas melanggar undang-undang negara.
"Saya minta beliau beri kerjasama dan serah diri sebelum kita sendiri tangkapnya.
"Mereka berani mencabar undang-undang dan sepatutnya berani bertanggungjawab di atas perbuatan terbabit," katanya
No comments :
Post a Comment