Tangga runtuh macam bunyi petir
Tangga runtuh macam bunyi petir
Oleh Hadzlihady Hassan
Georgetown: “Pada mulanya saya sangka bunyi
petir, namun sejurus keluar saya terkejut apabila melihat tangga konkrit
jiran runtuh dan menghempap bumbung serta bahagian ruang tamu rumah,”
kata Roslan Abdullah, 51, mengenai kejadian tanah runtuh di Kampung
Seronok, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Roslan yang bekerja di
sebuah kilang bersama isteri dan dua anaknya, terselamat kerana runtuhan
tanah itu hanya menghempap sengkuap rumahnya dan sedikit bahagian
ruang tamu.
Menurutnya, ketika itu, mereka sekeluarga berada dalam rumah dengan
isterinya di dapur, manakala anak perempuan di tingkat atas sementara
anak lelakinya sedang mandi.
“Saya berlari keluar selepas mendengar dentuman yang disangka
petir itu namun terkejut apabila melihat tangga konkrit jiran yang
rumahnya di atas bukit runtuh dan menghempap sengkuap rumah.
SEBUAH rumah hampir musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Seronok, Bayan Lepas, kelmarin.
“Ketika itu, saya mahu mengambil motosikal yang diletakkan di
depan rumah, namun terpaksa berpatah balik kerana melihat tanah
menggelongsor,” katanya.
No comments :
Post a Comment