Ads Space

Hati Lembu Goreng Kunyit

No comments
Hati Lembu Goreng Kunyit
Resepi : MaDiHaA's Hubby

Bahan2
400 gm hati lembu ~ potong nipis atau sesuai selera & gaul garam & kunyit
1 biji bawang besar saiz sedang ~ hiris
2 biji cili hijau ~ dibelah 2
1/2 sudu kecil asam jawa ~ jadikan jus dgn 1/2 cwn air
Minyak sikit
garam & aji sikit

Bahan ditumbuk
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
5 biji cili api
2 batang serai (masukkan serai akhir sekali & tumbuk hingga agak lunyai)

Cara menyediakan
1. Panaskan sesendok minyak lalu masukkan hati & goreng sehingga air yang terbit kering & hati nampak pejal & masak. Angkat & ketepikan dulu.
2. Dalam kuali yang sama.. tambah sikit minyak jika perlu. Tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi & nampak garing. Masukkan jus asam jawa & hati. Kacau rata.
3. Masukkan garam, aji, bawang & cili hijau. Kacau sehingga bawang layu & sambal kering & bersalut dengan hati. Angkat & bolehlah dihidangkan.

No comments :

Post a Comment