Ads Space

Roti Homemade

No comments
Roti Homemade



Oleh:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi


Bahan2:
3 cawan tepung high protein (bleh guna tep gandum tp tepung high protein lebih baik)
2 sudu makan susu tepung
1/4 cawan gula kastor
2 sudu makan butter/marjerin
1 cawan air suam + sedikit warna kuning jika suka
2 sudu teh yis segera
Sedikit vanilla jika suka




Cara Penyediaan:

 
Satukan tepung bersama susu tepung, gula, garam dan gaul rata. Masukkan butter/marjerin dan gaul hingga jadi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengahnya dan masukkan air suam, vanilla dan yis. Gaul rata dan uli selama 10-15 minit. 


Tambahkan sedikit tepung atau air jika perlu semasa menguli. (Boleh juga diuli doh ni dalam breadmaker atau dengan menggunakan stand mixer).Buatkan bentuk bulat dan sapu sedikit minyak bahagian luarnya. Masukkan ke dalam bekas dan tutup. Ketepikan lebih kurang sejam atau sehingga doh naik sekali ganda. Tumbuk doh untuk membuang angin di dalamnya dan bentukkan mengikut citarasa.

 Sy buat bulat sebesar bola golf dan susun di dalam dulang. Kalau suka boleh dimasukkan inti. Ketepikan selama lebih kurang setengah jam atau hingga doh naik sekali ganda. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180 djh. Jika suka boleh sapu atas roti dengan telur yg dipukul dengan sedikit air atau susu (egg wash) dan boleh ditabur bijan atau sebagainya di atas doh. 

Bakar hingga kuning keemasan (lebih kurang 15-20 minit jika buat seperti dalam gambar- bergantung pada saiz doh dan oven). Keluarkan dari loyang dan sementara roti masih panas sapukan permukaannya dengan marjerin/butter.

Selamat Mencuba!

No comments :

Post a Comment