Drama Ummi Episode 9
Drama Ummi Episode 9
Barisan Pelakon:
Datin Paduka Umie Aida (Ummi), Khyreena Kemal (Comel), Danish Adam
(Amir) dan Ahmad Fadzli Masri (Danish) , Sharul Kamaludin (Bahar),
Fikhree Bakar (Dr. Idrus), A. Wahab (Pak Man), Sharissa Chong (Mei
Ling), Zhafri Suhaimi (Firdaus), Riki Rikando Idris (Leman), Kamariah
(Mak Limah), Marup Mustapah (Junaidi) dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Ummi TV3
UMMI mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita bernama Ummi yang telah
ditinggalkan oleh suaminya. Walaupun Ummi seorang yang hidup dalam
susah dan buta huruf, namun beliau tetap prihatin terhadap tiga orang
kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang.
Comel, Amir dan Danish, masing-masing mempunyai sejarah hidup yang perit
dan sentiasa ditindas telah dipelawa untuk hidup bersama dengan Ummi.
Comel merupakan seorang budak perempuan yang sering dimarahi, dipukul
dan diherdik oleh bapa tirinya, Junaidi. Amir pula seorang budak tempang
yang hidup mengemis tetapi amat suka membaca manakala Danish yang
membesar dalam kancah jenayah terpaksa mencuri untuk menampung
kehidupannya.
Walaupun Ummi hanyalah seorang wanita yang biasa, berusaha hidup dengan
bekerja sebagai pencuci dan juga mengutip barang terpakai untuk dijual
tetapi beliau kaya dengan kasih sayang dan sedia berkorban untuk tiga
orang insan yang tidak mempunyai sebarang talian persaudaraan dengannya.
Pada permulaan siri, Ummi cuba membantu Comel tetapi ditegah oleh
jirannya dan sering dimarahi oleh Junaidi. Cubaan Ummi untuk membantu
Comel hanya membawa padah kepada Comel. Namun, Ummi tidak pernah
berputus asa. Sikap bengis Junaidi yang tidak layak menjadi penjaga
kepada Comel mendorong Ummi untuk membela nasib Comel.
Akhirnya, Junaidi menyerahkan Comel kepada Ummi selepas Ummi membantu
menyelesaikan hutang Junaidi. Namun, hati Comel masih belum terbuka
untuk berkongsi masalah dan rahsia yang menghantuinya. Amir yang sedang
mengemis kelihatan seperti tidak bermaya dan akhirnya jatuh pengsan.
Nasib baik Ummi terserempak dengannya dan membawanya ke hospital. Ummi
mengajak Amir untuk tinggal bersamanya kerana mereka dapat ‘menjaga’
satu sama lain, Amir juga boleh mengajar Ummi membaca. Akhirnya, Amir
berjaya dipujuk.
Danish pula sememangnya seorang remaja yang liar. Atas pengaruh Wahyudi,
Danish mula melakukan kerja pecah rumah. Nasib dia malang apabila dia
ditangkap sewaktu pecah rumah Pak Man. Ummi berjaya memujuk Pak Man
supaya melepaskan Danish untuk berada di bawah penjagaannya. Akhirnya,
Comel, Danish dan Amir berpindah ke rumah Ummi dan memulakan kehidupan
baru.
Dalam proses mengenali hati budi dan menyesuaikan diri antara Ummi,
Comel, Danish dan Amir, tiba-tiba, suami Ummi, Bahar muncul kembali
dalam hidup Ummi. Selain itu, Ummi mula berdepan dengan pelbagai masalah
apabila dia berusaha untuk menyekolahkan anak-anaknya terutamanya
siapakah sebenarnya Amir.
Danish sering diejek oleh rakan-rakan sekolahnya dan kembali
memberontak. Leman pula sering menghubungi Danish dan berjayakah Danish
menjauhkan diri daripada hasutan Leman? Bagaimana pula dengan Comel yang
masih berahsia dengan Ummi? Bagaimana pula Ummi berdepan dengan Bahar?
No comments :
Post a Comment