Ads Space

Paip bocor, hujan punca jalan runtuh

No comments
Paip bocor, hujan punca jalan runtuh




Kebocoran paip air dan hujan lebat dipercayai menjadi punca sebahagian Jalan Kuala Slim di Batu 4 di sini runtuh dan terpaksa ditutup kepada lalu-lintas sejak malam kelmarin.

Tebing setinggi lebih 40 meter di laluan itu runtuh kira-kira jam 8 malam sekali gus menyebabkan laluan dari Jalan Ipoh-Kuala Lumpur ke FELDA Besout, terputus.

Kejadian menyebabkan ribuan penduduk berdepan kesukaran kerana terpaksa menggunakan laluan alternatif iaitu jalan ladang bertanah merah dan berbukit untuk berulang-alik ke pekan Slim.

Paling teruk terjejas adalah kira-kira 1,000 penduduk Kampung Kuala Slim dan mereka yang tinggal di kawasan sempadan Perak-Selangor dekat sini. Penduduk sekitar FELDA Besout turut menggunakan laluan itu.

No comments :

Post a Comment