Ads Space

Enam kenderaan dilanggar lori tiga tan di Kuantan

No comments
Enam kenderaan dilanggar lori tiga tan di Kuantan




Enam kenderaan termasuk sebuah motosikal dilanggar lori tiga tan yang secara tiba-tiba hilang kawalan di Jalan Semambu, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 7 malam menyebabkan tiga lelaki termasuk seorang penunggang motosikal parah.

Difahamkan, lori tiga tan yang dipandu seorang lelaki secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum melanggar lima kereta dan sebuah motosikal yang berada di hadapannya.

Berikutan itu, laluan berkenaan sesak sepanjang tiga kilometer dan kerja mengalih kenderaan yang terbabit kemalangan masih dijalankan.

Mangsa yang cedera sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan ( HTAA) di sini, untuk rawatan susulan.

No comments :

Post a Comment