Ads Space

Jumlah mangsa banjir di Terengganu di pusat pemindahan berkurangan

No comments
Jumlah mangsa banjir di Terengganu di pusat pemindahan berkurangan 




Jumlah mangsa banjir di Terengganu yang ditempatkan di pusat pemindahan sedikit menurun, namun Dungun menjadi daerah terbaharu melanda bencana itu.

Mengikut laporan portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, sehingga pada kira-kira jam 10 pagi ini, seramai 884 mangsa daripada 234 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan membabitkan lima daerah.

Bagaimanapun, Besut menjadi daerah pertama yang menutup pusat pemindahan apabila seramai 16 mangsa membabitkan tiga keluarga di satu pusat pemindahan di Besut dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Daerah Kemaman kekal dengan bilangan mangsa paling ramai iaitu 421 orang daripada 104 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan diikuti Dungun seramai 311 mangsa membabitkan 92 keluarga berada di tiga pusat pemindahan.

No comments :

Post a Comment