Lapor jika ada diskriminasi peniaga
Lapor jika ada diskriminasi peniaga
-
Tee Yong
KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta melaporkan kepada pihak berkuasa
sekiranya ada peniaga yang didiskriminasikan atau dipaksa untuk
mendaftar di bawah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) walaupun tidak
mencapai nilai jualan yang ditetapkan kerajaan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, perbuatan itu
dianggap serius kerana hanya peniaga yang memperoleh nilai jualan lebih
RM500,000 setahun diwajibkan untuk mendaftar.
“Jika ada maklumat bahawa ada peniaga (dengan nilai jualan di bawah
RM500,000) yang dipaksa mendaftar, maklumkan kepada pihak kastam kerana
ia perbuatan yang serius.
“Peniaga ini mendaftar secara sukarela, keputusan di tangan mereka,"
katanya menjawab soalan tambahan Rafizi Ramli (PKR- Pandan) di Dewan
Rakyat, semalam.
Rafizi meminta penjelasan timbalan menteri berhubung dakwaan syarikat
yang tidak mendaftar GST tidak boleh membeli atau mendapatkan bekalan
barangan daripada syarikat berdaftar GST.
No comments :
Post a Comment