• VEP: Apa Tunggu Lagi

WACANA Sinar Harian Siri ke-30 dengan tajuk "VEP: Apa Tunggu Lagi?" mungkin lebih dekat di hati penduduk Johor khususnya.

Ia antara isu besar bagi penduduk di negeri itu terutama mereka yang kerap berulang-alik ke Singapura.

Itulah antara persoalan yang akan dibangkitkan dalam siri wacana kali ini yang akan dikendalikan oleh moderator yang tidak asing lagi iaitu Dr Maszlee Malik langsung dari Johor Darul Ta'zim.

Wacana turut membariskan panelis yang tidak kurang hebatnya iaitu Ketua Pemuda Umno Johor, Hahasrin Hashim, Pengarah Polisi DAP Johor, Wong Shu Qi, Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat bagi mengupas isu hangat ini.

Ikuti liputan langsung bersama kami bagi mengetahui kupasan panelis bersabit isu VEP ini.

2.50 petang: Warga Johor mula memenuhi Dewan Utama Kompleks Komuniti Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi bagi mengikuti Wacana Sinar Siri ke-30, "VEP: Apa Tunggu Lagi?".