• Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
1 / 1
SHAH ALAM - Tarikh akhir bagi parti-parti dalam PR untuk menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar kepada pihak Istana Selangor boleh dibuat selewat-lewatnya 3 September hadapan.

Perkara itu dinyatakan menerusi surat makluman rasmi istana bertarikh hari ini dan dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta salinannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Abdul Munir Bani antara lain berbunyi, "Sultan Selangor juga menitahkan agar calon-calon yang dicadangkan perlulah mematuhi Perkara LI (2) Undang-undang Tubuh Selangor 1959, iaitu calon menteri besar itu perlulah berbangsa Melayu dan menganut agama Islam".

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga penggantinya ditentukan.