Ads Space

Bergadai demi sekeping tiket

No comments
Bergadai demi sekeping tiket

KOTA BHARU: Beberapa minit selepas habis 10,000 keping tiket final Piala Malaysia yang dijual di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, ulat tiket terus mengambil alih penjualan tiket di pasaran gelap.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati sekeping tiket berharga RM40 dijual hingga RM80 oleh ulat tiket kepada penyokong yang gagal mendapat tiket perlawanan akhir antara Kelantan dan Pahang, Ahad ini dan harga berkenaan dijangka terus meningkat. 
Seorang peniaga dari Tanah Merah ketika ditemui sanggup membayar hingga RM70 untuk sekeping tiket. 

“Saya tidak mempunyai pilihan selain membeli daripada ulat tiket kerana tidak mahu berasak-asak. Saya membeli dua keping tiket berharga RM140.
Foto

“Melihatkan kepada kekecohan yang berlaku hingga boleh membahayakan nyawa, saya berasa tidak berbaloi untuk terus beratur,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 40.

No comments :

Post a Comment