Ads Space

Pak Aziz tak boleh banyak bergerak

No comments
Pak Aziz tak boleh banyak bergerak


Jika tiada yang lama, masakan ada yang baru. Itu senario sebenar industri hiburan dari dulu hingga sekarang. Justeru, adalah wajar untuk segala jasa seniman dan seniwati veteran tanah air terus dihargai.
Menyedari sumbangan besar yang pernah dilakukan seniman dan seniwati ini ketika mudanya, Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Terbaru, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fenandez yang mengiringi Penasihat Khas Sosial dan Kebudayaan Kerajaan. Tan Sri Dr Rais Yatim menziarah seniman veteran terkenal, Datuk Aziz Sattar, 89, yang kini keadaan kesihatannya kurang memuaskan.

Siapa sangka, sejak setahun setengah lalu Aziz yang cukup dikenali ramai menerusi lakonan hebatnya bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin dalam filem Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok disahkan doktor menghidap masalah saluran jantung tersumbat.
Foto
DR Rais melihat kaki Aziz yang bengkak sambil diperhatikan Datuk Sarimah Ahmad.

Aziz yang kini menetap di kediaman anak bongsunya, Sandakiah Aziz, 45, di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, kelihatan ceria de–ngan kunjungan itu walaupun beliau kini tidak boleh banyak bergerak kerana masalah kaki bengkak.

No comments :

Post a Comment