Anak Harimau mengaum!
Anak Harimau mengaum!
Kelana Jaya: Skuad bawah 23 tahun negara (B-23) bangkit dengan ledakan tiga gol pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu pada aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Selepas ketinggalan pada awal babak pertama menerusi jaringan Takahashi Shunta skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bangkit menerusi jaringan dua penyerang gantian A Thamil Arasu dan Rozaimi Abd Rahman bagi memberikan tonik terbaik menjelang misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar minggu depan.
Skuad muda negara bermula baik dengan membuat percubaan menerusi kapten Irfan Fazail pada minit ketujuh namun sepakannya terkena pemain pertahanan FC Ryukyu ketika penjaga gol Tanaka Kenji sudah tertewas.
Bagaimanapun skuad kendalian Satsukawa Norihiro yang hadir dengan 15 pemain berjaya di depan pada minit ke-13 apabila penyerang Shunta melepasi perangkap ofsaid dan tidak berdepan masalah menewaskan Izham Tarmizi Roslan dalam situasi satu lawan satu.
ROZAIMI (dua dari kanan) meraikan jaringan kedua.
Masalah kecederaan dua pemain Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan S Sivanesan memaksa Kim Swee menggantikannya dengan Thamil Arasu dan Nasir Basharuddin pada pertengahan babak pertama.
No comments :
Post a Comment