Ads Space

Jualan murah 'tipu' kena serbu

No comments
 Jualan murah 'tipu' kena serbu




'Ops Bongkar' Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang menggempur premis perniagaan di seluruh negara, semalam berjaya mengesan lebih 30 premis yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Hari pertama operasi besar-besaran bagi memantau permit jualan murah dan penipuan itu juga menyita hampir RM100,000 barangan seperti cadar, permaidani, tekstil dan kaca mata di lima negeri termasuk Lembah Klang.

Operasi bersepadu selama sebulan sehingga 4 Januari depan itu dilancarkan mulai semalam, susulan pembongkaran BH pada 25 November lalu mengenai pelbagai kes penipuan dan taktik peniaga memperdaya orang ramai terutama ketika jualan murah akhir tahun bagi mendapat keuntungan segera.

No comments :

Post a Comment