Ads Space

Pegawai hilangkan hampir RM1j boleh kena tindakan

No comments
Pegawai hilangkan hampir RM1j boleh kena tindakan
  • MoF
1 / 1
KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara (AG) untuk mengambil tindakan terhadap pegawai yang terlibat dalam kehilangan Wang Tak Dituntut (WTD) sebanyak RM995,031.41 pada 2011.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Mat Nor Nawi berkata, pihaknya memperoleh 'lampu hijau' itu daripada AG pada 18 September lalu.

"Sebelum ini kita tak boleh ambil tindakan kerana kes masih dalam siasatan, maka tak wajar untuk ambil tindakan disiplin terhadap pegawai terbabit.

"Tetapi, pada 18 September lalu AG nasihat agar tak perlu tunggu Polis Diraja Malaysia (selesai siasatan), kita (kementerian) boleh ambil tindakan disiplin secara serentak, maka pagi tadi Jabatan Akauntan Negara telah ambil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pada Sesi Bersama Media: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, hari ini.

Mat Nor menjelaskan laporan polis mengenai kehilangan WTD itu telah dibuat sebanyak dua kali, kedua-duanya pada Mac 2011.

Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang pada Isnin lalu mendedahkan bahawa semakan mendapati berlaku kehilangan wang awam sebanyak RM995,031.41 dan ia disedari pada 3 dan 10 Mac 2011.

Laporan polis telah dibuat pada hari sama.

Kehilangan wang awam tersebut juga telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Mac 2011. - Bernama

No comments :

Post a Comment