Ads Space

Sedia aksi lebih 120 minit

No comments

Sedia aksi lebih 120 minit

Temerloh: Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan mengakui sudah mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk aksi penentuan sepakan penalti pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.
Menurut pengendali berusia 52 tahun itu, beliau tidak mahu terlalu yakin aksi menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu nanti bakal berkesudahan dalam tempoh 90 minit permainan.
“Sama ada yakin atau tidak kejuaraan akan ditentukan dalam tempoh 90 minit, kita mesti buat persiapan. Tak salah untuk mana-mana pasukan membuat persiapan sepakan penalti kerana apa saja boleh berlaku.
“Sebagai jurulatih sememangnya saya perlu mempersiapkan pasukan dalam keadaan bersedia menghadapi segala kemungkinan,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi latihan pasukan di Stadium Mini Temerloh semalam.
Dalam sejarah Piala Malaysia, kali terakhir perlawanan merebut piala paling berprestij itu ditentukan menerusi sepakan penalti pada 1998 dengan Perak menewaskan Terengganu 5-3 selepas aksi masa permainan sebenar terikat 1-1.
Zainal yang bakal membimbing Pahang dalam misi mempertahankan kejuaraan serta memburu kejuaraan berganda selepas memenangi Piala FA Jun lalu bagaimanapun menyatakan lebih gemar aksi final pertamanya bergelar jurulatih tidak berlanjutan sehingga penalti.
“Bagi saya semua mahu tamatkan permainan dalam 90 minit, tapi kita tak boleh jangka dan tak boleh terlalu yakin. Sejak peringkat suku akhir lagi saya sudah mempersiapkan lima pemain untuk mengambil sepakan penalti utama,” katanya.
 
 

No comments :

Post a Comment