•  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
1 / 1
KUALA LUMPUR - Sejumlah 43,014 calon menduduki semula peperiksaan dalam talian Penguasa Kastam W41 malam tadi, termasuk 127 calon yang berada di luar negara, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.
Beliau berkata calon luar negara termasuk di Arab Saudi, Singapura, Turki, United Kingdom, Ireland, Australia, Taiwan dan New Zealand.
"SPA mengucapkan terima kasih kepada calon-calon peperiksaan ulangan dalam talian Penguasa Kastam Gred W41 dan didoakan semoga berjaya dalam peperiksaan kali ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Peperiksaan ulangan itu diadakan dari pukul 8.00 hingga 11.00 malam  susulan masalah teknikal semasa peperiksaan sebenar pada Sabtu lepas.
Sebanyak 84,856 calon dipanggil menduduki peperiksaan itu namun hanya 56,546 calon, atau 67 peratus, menduduki peperiksaan dengan jayanya pada hari berkenaan. - Bernama