• Ahli akademik perundangan dan perlembagaan, Dr Aziz Bari
    Ahli akademik perundangan dan perlembagaan, Dr Aziz Bari
1 / 1
SHAH ALAM - Tidak perlu tunggu Muktamar Pas selesai untuk menentukan pelantikan Menteri Besar Selangor, demikian kata penganalisis perundangan, Dr Aziz Bari.

Ujarnya melalui Wacana Ilmiah Sinar Harian ke-31 yang bertajuk ‘Kerusi Panas MB Selangor’, isu menteri besar sepatutnya sudah lama selesai memandangkan Adun PR sebulat suara menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tak perlu tunggu muktamar habis, memang sudah sebulat suara mahu Wan Azizah (sebagai calon menteri besar baharu).

"Perlembagaan sudah jelas. Tiga atau empat bulan lalu berlaku pertukaran menteri besar di Terengganu, senang sahaja tidak ada masalah pun," katanya.

Presiden Pas sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid dan mempertikaikan kebolehan Wan Azizah sebagai calon menteri besar.

Malah medan Muktamar Tahunan Pas yang sedang berlangsung turut menzahirkan sokongan terhadap Abdul Khalid.

Sementara itu, Aziz dalam hujahnya melahirkan rasa terkejut dengan kemelut pertukaran menteri besar yang memberi kesan mendalam terhadap politik dan pentadbiran di negeri Selangor.

"Saya terkejut dan tak sangka pertukaran mudah MB berakhir dengan pelbagai tragedi dan krisis. Ya lah, kita tengok apa yang terjadi sekarang, dengan keadaan politik, parti, dengan kes individu yang ditangkap atas Akta Hasutan.

"... kalau amalan yg betul diikuti dan sejarah diperhatikan, di Selangor tidak akan berlaku sebegini," luahnya  lagi.