Ads Space

Tonton Drama Terukir di Bintang Episod 11

No comments
Tonton Drama Terukir di Bintang Episod 11 






Sinopsis Terukir Di Bintang

Adam (Wan Elyas) seorang chef muda yang bekerja di sebuah hotel 5 bintang di Cameron Highland, bercita-cita tinggi untuk mendapat tempat dalam pertandingan memasak di peringkat antarabangsa. Peluang untuk ke pertandingan tersebut terbentang luas bila Adam mendapat perhatian daripada Ketua Chef di tempat kerjanya tetapi Adam perlu melalui beberapa pertandingan sesama chef ditempat kerjanya untuk maju ke pertandingan tersebut.

Dalam masa yang sama, Adam berkawan baik sejak kecil dengan Jee (Shiha Mentor), seorang gadis yang berperwatakan kasar. Jee berkerja bersama keluarganya yang membuka perusahan ladang Strawberry di mana Jee menghantar bekalan buah Strawbery kepada hotel Adam setiap pagi. Dalam diam, sebenarnya Jee menaruh hati terhadap Adam tetapi tidak meluahkannya manakala Adam pula hanya menganggap Jee sebagai teman biasa.

Dalam kesibukan Adam berkerja sambil menyiapkan diri bertanding dengan sekutu chef mudanya Rizman di hotel tempatnya bekerja, tiba-tiba muncul Asmara (Tasha Shilla), seorang gadis dari Kuala Lumpur menginap di Hotel dimana Adam bekerja. Adam sangkakan Asmara ialah seorang pengintip dari hotel lain untuk mengorek rahsia resepinya bagi pertandingan memasak tetapi sangkaan Adam meleset apabila mendapat tahu bahawa Asmara adalah seorang pengkritik makanan malahan Adam menjadi bertambah mesra dengan Asmara apabila Asmara membantunya dalam membuat persiapan untuk pertandingan tersebut. 

Adam telah jatuh hati terhadap Asmara dan mengetahuinya tetapi menganggap Adam sebagai teman baik sahaja. Sebenarnya Asmara telah bertunang dengan Zen tetapi tanpa pengetahuan keluarga dan tunangnya, Asmara telah berhenti kerja dan melarikan diri ke Cameren Highland bila mengetahui dirinya menghidap radang hati. 

Jee lalu memgambil keputusan untuk menjadi kawan rapat kepada Asmara dengan harapan dapat mencungkil rahsia siapa diri Asmara sebenarnya tetapi akhirnya Jee terlepas cakap bahawa dia sebenarnya mencintai Adam.

Dalam kesibukan Adam menyiapkan diri untuk pertandingan itu, Jee bertemu dengan Adam dan memberitahu Adam bahawa Asmara telah berpunya dan suka bertukar-tukar pasangan. Adam merasa amat kecewa apabila terserempak dengan Asmara bersama tunangnya Zen. Adam lalu melarikan diri dari Asmara tetapi setelah diberitahu perkara sebenarnya, Adam lalu meluahkan perasaan nya terhadap Asmara.

Manakala Jee merasa cemburu dan terpukul dengan kehadiran Asmara, sedikit demi sedikit menukar personalitinya dari perwatakan kasar kepada lebih feminin dimana menjadi bahan ejekan kawan kawannya. Jee amat berbakat dalam mencipta lagu lalu melepaskan kekecewaannya dengan mencipta lagu yang berkaitan cintanya terhadap Adam dan diposkan melalui You Tube. Jee lalu membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita citanya menjadi seorang komposer.

Hubungan Adam dan Asmara bertambah intim, Asmara tahu bahawa Adam amat mencintainya lalu memberitau Adam, ia memghidapi radang hati dan menganggap Adam sebagai kawan sahaja. Asmara lalu pulang kepangkuan keluarga bila keadaannya bertambah teruk. Penyakitnya hanya boleh pulih hanya dengan prosess pemindahan hati dan Adam rela mendermakan hatinya untuk Asmara. 

Dalam pada itu Asmara memberitahu Adam bahawa Jee amat mencintainya. Adam baru tersedar atas keikhlasan cinta Jee lalu mencari Jee kembali ke Cameron Highland tetapi Jee telah membawa dirinya yang kecewa ke Kuala Lumpur. Adam nekad untuk memberikan hatinya pada Asmara walaupun mengetahui risikonya terlalu tinggi. 

No comments :

Post a Comment