Ads Space

SILAT: Sasaran emas tercapai

No comments

SILAT: Sasaran emas tercapai


PESILAT negara Mohd Al Jufferi Jamari memenangi pingat emas dalam kelas Putra E (65-70 kilogram) selepas menewaskan Dang Toan Thang dari Vietnam menerusi teknikal knock out pada pusingan pertama di pentas final.
Ia adalah emas kedua skuad silat negara selepas memenangi emas pertama dalam saingan ganda putri kelmarin.
Dua emas berkenaan membolehkan silat mencapai sasaran dua emas yang ditetapkan Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia.
Foto
MOHD Al-Jufferi gembira selepas menewaskan pesilat Vietnam. FOTO Hairul Anuar

No comments :

Post a Comment