Ads Space

‘Saya suka di sini’

No comments

‘Saya suka di sini’


Sepang: Pengendali skuad hoki remaja lelaki negara Muhammad Dharma Raj Abdullah masih mahu mencurah bakti di Malaysia walaupun mengaku ada menerima tawaran luar negara.
“Saya ada ditawarkan negara luar tetapi tidak berminat untuk keluar dari Malaysia. Saya masih suka tinggal di sini dan anak-anakpun masih kecil lagi.
“Buat masa ini, saya tunggu keputusan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) sama ada mahu saya terus membimbing skuad remaja.

“Walau apapun yang berlaku, saya tetap berada di Malaysia. Mungkin saya akan membimbing pasukan kelab selepas ini,” katanya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari New Delhi, India, semalam.
Foto
PEMAIN skuad hoki remaja selamat tiba di KLIA selepas menduduki tempat ke-4 pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi.

Kontrak beliau selaku pengendali skuad Projek 2013 tamat hujung tahun ini.

No comments :

Post a Comment