Ads Space

Empat remaja sesat tujuh jam

No comments

Empat remaja sesat tujuh jam


PADANG BESAR: Angkara madu kelulut, empat remaja berusia 20 hingga 28 tahun sesat di Hutan Simpan Felda Mata Ayer, dekat Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, tetapi kemudian ditemui tidak bermaya, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam itu, kesemua mereka yang menetap di Felda berkenaan masuk ke hutan berkenaan bagi mencari madu kelulut yang digunakan bagi membuat ubat di kawasan kira-kira lima kilomerer dari pos kawalan PGA di situ.
Seorang daripada mereka, Shahar Azizan, 28, berkata mereka yang sebelum ini sudah banyak kali masuk ke hutan berkenaan bagi mencari madu berkenaan tiba-tiba dihampiri kabus tebal sebelum kawasan berkenaan menjadi gelap seawal kira-kira 6 petang.

"Kawasan berkenaan tiba-tiba menjadi gelap walaupun jam menunjukkan 6 petang sehingga kami gagal mencari jalan yang dilalui sebelum itu.
Foto

"Kami cuba mencari jalan pulang sehingga kira-kira 10 malam. Namun, gagal sebelum mengambil keputusan untuk menunggu di kawasan tebing sungai berdekatan sambil memasang unggun api," katanya.

Menurutnya, kami cuba menghubungi rakan kami bagi memaklumkan perkara berkenaan namun terpakasa mencari kawasan yang mempunyai liputan telefon bimbit.

"Saya kemudian dapat menghubungi rakan dan hanya sempat memberitahu bahawa sesat sebelum bateri telefon habis," katanya.


Menurutnya, mereka kemudian ditemui anggota penyelamat yang menggerakkan operasi mencari mereka sekitar 12.45 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Che Man MD Dros, berkata kesemua mereka, Shahar, Zulhelmi Johari, 27, Mohammad FadIl Mohd Akhir, 20, dan Rosharizan Hassan, 20, ditemui dalam keadaan lemah.

"Kesemua mereka diberi air sebelum diberi rawatan kecemasan namun tiada kecederaan dilaporkan dialami mereka.

"Mereka masuk bagi mencari madu kelulut bagibtujuan membuat ubatbdan dipercayai sesat selepas keadaan menjadi gelap lebih awal daripada biasa," katanya.

No comments :

Post a Comment