Ads Space

EKUESTRIAN: Rahsia Sulaiman rangkul dua emas

No comments

EKUESTRIAN: Rahsia Sulaiman rangkul dua emas


“SAYA perlu belai dan kadangkala memberi arahan dengan agak keras.” Itu antara rahsia kejayaan atlet ekuestrian negara Mohd Sulaiman Muda yang merangkul dua pingat emas iaitu menerusi acara endurance individu serta berpasukan, hari ini.
Pendekatan itu dilakukan Mohd selepas dia serta atlet lain tidak dibenarkan membawa kuda sendiri pada saingan kali ini oleh pihak penganjur. 
Sebaliknya mereka hanya menggunakan kuda yang disediakan oleh penganjur dua hari sebelum berlangsungnya acara endurance sejauh 80 kilometer yang bermula hari ini. 

Sulaiman menamatkan perlumbaan dengan catatan masa terpantas 6 jam 26 minit dan 4 saat.

Sementara, gandingannya bersama Abdul Halim Alihan dan Asri Abdul Aziz berjaya mengumpul masa keseluruhan terpantas 21 jam 23 minit dan 39 saat dalam acara berpasukan.

Hanya tiga catatan masa terpantas diambil kira dalam acara berpasukan yang menyaksikan catatan seorang lagi peserta negara Mohd Bulkhari Rozali tidak dikira kerana lebih perlahan. 

“Mula-mula memang bukan mudah untuk menjinakkan kuda yang saya perolehi kerana kuda di Myanmar agak liar sedikit. 

“Kami semua pun tak terlalu yakin sangat untuk menang sebab tidak faham sifat kuda yang diperolehi. 

“Tetapi apabila sudah memasuki separuh perlumbaan, kuda ini mula menerima segala arahan yang saya berikan dan apabila memasuki hujung perlumbaan, saya sudah boleh mengawal sepenuhnya,” katanya yang menggunakan kuda yang diberi nama Bagan Thitsar. 

Sulaiman yang bekerja di kandang kuda endurance Diraja Terengganu berkata, dia sendiri tidak menjangkakan akan memperolehi pingat emas kerana saingan daripada peserta negara lain sangat sengit. 

“Ini adalah penyertaan pertama saya pada saingan Sukan SEA dan kejayaan terbesar sepanjang karier saya menceburi sukan ini,” katanya

No comments :

Post a Comment