Ads Space

BOLA: Indonesia tekad lunas dendam

No comments

BOLA: Indonesia tekad lunas dendam


Nay Pyi Taw: Dendam kecundang 2011 di bumi sendiri ingin dilunaskan Indonesia pada pertemuan separuh akhir hari ini.
Jurulatih Indonesia Rahmad Darmawan dan anak buahnya hadir ke Nay Pyi Taw dari Yangon dengan moral tinggi selepas menyingkirkan tuan rumah Myanmar.
“Mungkin sudah takdir dua finalis 2011 bertemu di separuh akhir. Tapi yang pasti, moral pemain cukup tinggi selepas menyingkirkan Myanmar,” katanya yang turut mengendalikan Garuda Muda di final dua tahun lalu.

Hadir menyaksikan kemenangan 2-1 Malaysia mengatasi Vietnam malam kelmarin, pengendali berusia 47 tahun itu memandang tinggi kemampuan anak buah Datuk Ong Kim Swee.
Foto
ANDIK pemain harapan Indonesia.

“Malaysia sama sekali tidak berubah seperti muncul juara dua tahun lalu. Mereka cukup kuat, barisan pertahanan tersusun serta mampu melakukan serangan balas pantas.

No comments :

Post a Comment