Ads Space

Beregu Korea pemusnah

No comments
Beregu Korea pemusnah

Kuala Lumpur: Impian beregu negara Hoon Thien How-Tan Wee Kiong untuk merangkul gelaran juara tidak kesampaian apabila hasrat mereka itu terkubur di tangan beregu dari Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong pada perlawanan akhir kejohanan bertaraf Siri Super Perdana Terbuka China di Shanghai, semalam.
Selepas berjaya menundukkan pasangan China yang baru digandingkan Cai Yun-Chai Biao 23-21, 21-17 pada separuh akhir kelmarin, Thien How-Wee Kiong gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tunduk kepada pasangan Korea itu dengan 13-21, 12-21 dalam pertarungan yang memakan masa 33 minit.
Thien How-Wee Kiong bagaimanapun membuktikan gandingan mereka perlu dikekalkan dalam usaha negara menempah tempat ke final Piala Thomas di New Delhi tahun depan apabila menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan kemaraan jauh pada kejohanan itu namun nasib nyata tidak menyebelahi pasangan ranking ke-11 dunia itu.

Kesalahan demi kesalahan dilakukan oleh pasangan negara dengan aksi goyah dipamerkan sejak set pertama.
Foto
Hoon Thien How-Tan Wee Kiong

Hasrat untuk membawa perlawanan ke set penentuan juga tidak kesampaian apabila skrip yang sama dipamerkan oleh pasangan negara pada set berikutnya.

No comments :

Post a Comment