Ads Space

Zoey terpaksa pilih watak

No comments

Zoey terpaksa pilih watak

Menyedari paras rupanya sering menjadi masalah ekoran dikatakan berwajah kanak-kanak atau ‘jambu’, pelakon semakin meningkat naik, Zoey Rahman mengakui perlu berkorban dengan memilih watak di samping giat ke gimnasium bagi memantapkan dirinya supaya kelihatan seperti lelaki ‘macho’ dan matang.
Walaupun dilihat wajahnya sering menghiasi drama di televisyen, nyata watak mencabar yang dilakonkan berjaya menaruh kepercayaan penonton anak kelahiran Besut, Terengganu ini tidak mengharapkan paras rupa semata-mata. 
Menghangatkan hari-hari penonton menerusi drama 20 episod Janji Adam yang disiarkan di slot Azalea TV3, Zoey kembali dengan watak lebih mencabar dan matang selepas berjaya menunjukkan kebolehannya menerusi drama bersiri Demi Dia bergandingan dengan Elfira Loy.

Memegang watak sebagai Ashraf, Zoey berkata, wataknya dalam drama ini juga sangat berbeza daripada karakter sebenarnya namun itulah yang dia mahukan iaitu kelainan dalam watak yang dilakonkan.
Foto

Melalui drama Janji Adam dia bergandingan dengan ramai pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Kathy Azean, Datuk Jalaluddin Hassan, Emma Akma, Zarina Zainuddin, Fiffy Natasya dan Elfaeza Ul Haq.

No comments :

Post a Comment