Ads Space

Liga Lawak SuperStar 2013 minggu 2

No comments
Liga Lawak SuperStar 2013 minggu 2






Stesen TV nombor satu Malaysia, TV3 bakal muncul dengan program realiti terbaru, Liga Lawak Superstar yang akan mula bersiaran pada 6 Oktober 2013. Program ini memperlihatkan kewibawaan barisan selebriti terkenal tanah air dalam mempamerkan kreativiti mereka dalam sketsa komedi.

Rancangan ini menampilkan 16 pelakon dari drama-drama di TV3 seperti Zalif Sidek, Qazeem Nor, Idzham Ismail, Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Shafiq Kyle, Akim Ahmad, Anad Ridzuan, Hairi, Aman Nassim, Mikael Andre, Sherry Ibrahim, Kamal Adli, Iqram Dinzly dan Nad Zainal.

Setiap kumpulan diberi seorang komedian yang terdiri daripada Azlee Senario, Aziz M.Osman, Ilya, Hamdan, Sathiya, Bell Ngasri, Ropie dan Farouk Hussein untuk memberi panduan, tunjuk ajar serta strategi kepada ahli pasukan masing-masing untuk berjaya.

Afdlin Shauki dan Adibah Noor akan digandingkan sebagai pengacara manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramlie dipilih untuk menjadi juri bagi musim ini.

Menariknya, Liga Lawak Superstar membawa kelainan apabila lapan kumpulan berbeza akan berentap sesama sendiri dalam permainan-permainan yang menguji kemahiran melakukan improvisasi melalui tugasan-tugasan yang diberi.

Sebelum menjejakkan kaki ke pentas Liga Lawak Superstar, peserta harus menyertai Liga Lawak Superstar 101 selama dua hari di Perkampungan Latihan dan Rekreasi Hulu Langat, Selangor. Menerusi latihan yang disediakan, mereka didedahkan dengan pelbagai teknik permainan yang terdapat dalam saingan program ini.
Mampukah Liga Lawak Superstar 101 ini memberi keserasian dan persediaan rapi kepada peserta dan mengasah bakat kreativiti mereka dalam mempamerkan persembahan hebat?

Jangan lupa saksikan rakaman aktiviti selebriti-selebriti di Liga Lawak Superstar 101 ini menerusi episod pertama Liga Lawak Superstar pada 6 Oktober 2013 dan siaran langsung Liga Lawak Superstar bermula episod kedua setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3.

No comments :

Post a Comment