Ads Space

Roti Manis

No comments
Roti Manis



Bahan2:
3 cawan tepung high protein (bleh guna tpg gandum tp tepung high protein lebih baik)
2 sudu makan susu tepung
1/4 cawan gula kastor
2 sudu makan butter/marjerin
1 cawan air suam
2 sudu teh yis segera
Sedikit vanilla jika suka
 
Cara2:
Satukan yis, air suam & vanilla, kacau hingga larut, ketepikan. Dlm bekas lain, satukan tepung bersama susu tepung, gula, garam dan gaul rata. Masukkan butter/marjerin dan gaul hingga jadi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengahnya dan masukkan bancuhan yis td. 

Gaul rata dan uli selama 10-15 minit. Tambahkan sedikit tepung atau air jika perlu semasa menguli. Buatkan bentuk bulat dan sapu sedikit minyak bahagian luarnya. Masukkan ke dalam bekas dan tutup. Ketepikan lebih kurang sejam atau sehingga doh naik sekali ganda.

Tumbuk doh untuk membuang angin di dalamnya dan bentukkan mengikut citarasa. Sy buat bulat sebesar bola golf dan susun di dalam dulang. Kalau suka boleh dimasukkan inti. Ketepikan selama lebih kurang setengah jam atau hingga doh naik sekali ganda. 

Sementara itu panaskan oven pada suhu 180 djh. Bakar hingga kuning keemasan (lebih kurang 15-20 minit jika buat seperti dalam gambar- bergantung pada saiz doh dan oven). Keluarkan dari loyang dan sementara roti masih panas sapukan permukaannya dengan marjerin/butter.
 
*selamat mencuba*

No comments :

Post a Comment