Ads Space

Drama Asmara Luna Episode 12

No comments

Drama Asmara Luna Episode 12
 
Sinopsis Drama Asmara Luna
Kisah bermula ketika sambutan hari lahir ke 21,Luna anak tunggal Ahmad dan Zaharah. Luna dihadiahkan sebuah kereta.Luna sangat gembira kerana ianya juga simbol dewasa dan kebebasan.Lebih bermakna,kawan baik Luna Emma(Miera Liyana) membelikan kek istimewa. Malah abang Emma Habib(Shukri Yahaya) turut mengirimkan teddy bear(sama seperti saban tahun).Luna sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Habib tetapi Habib lebih senang memanggil Luna sebagai adik. Perasaannya hanya diluahkan dalam diari yang diberi nama Dear Luna. Luna juga menyatakan harapan untuk mencari ibu kandungnya.

Sejak mempunyai kereta, Luna mudah untuk bergerak ke mana-mana termasuklah mencari kerja. Akhirnya,Luna berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat kejuruteraan sebagai eksekutif.Kehadiran Luna menarik perhatian beberapa orang pekerja termasuklah Adam(Aidil Aziz) dan rakan-rakanya.Mereka siap bertaruh siapa yang akan berjaya mengajak Luna keluar. Adam terasa tercabar bila Luna menolak pelawaannya. Adam berjanji untuk berusaha dengan pelbagai cara.

Akhirnya, Luna bersetuju untuk keluar bersama Adam. Tambah pula, Luna merasakan Habib masih bersikap sama. Walaupun Habib tidak menyatakan cinta pada Luna,dia sebenarnya turut menyimpan perasaan pada Luna.Habib kecewa bila mendapat tahu Luna sudah meminati orang lain. Pada waktu yang sama, Luna semakin menyenangi sikap Adam yang suka berjenaka.

Namun,hubungan mesra Luna dan Adalm tidak berpanjangan,bila Luna mengetahui niat sebenar Adam memikat Luna kerana pertaruhan. Kini Luna cuba menjauhi Adam.Bagi membuktikan dia benar-benar ikhlas, Adam membawa Luna berjumpa keluarganya. Atas dasar persahabatan,Luna setuju. Ibu bapa amat menyenangi Luna yang berbudi bahasa dan pandai mengambil hati mereka. Bahkan,mereka tidak sabar berjumpa dengan keluarga Luna.

Apakah yang bakal dilakukan oleh Luna seterusnya?Bagaimana pula dengan Habib?Dapatkah Luna berjumpa dengan ibu kandungnya?

No comments :

Post a Comment