Piala AFF: Dollah harus rombak benteng temu Vietnam
Piala AFF: Dollah harus rombak benteng temu Vietnam
Jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh perlu merombak benteng
pertahanan pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 menentang
Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam, Khamis ini.
Bekas pemain tengah kebangsaan era 70-an, Bakri Ibni berkata
kelonggaran di barisan pertahanan negara pada aksi pertama di Stadium
Shah Alam, Ahad lalu menjadi punca kekalahan Malaysia 1-2 kepada
Vietnam.
"Pada aksi di Shah Alam, saya lihat pemain pertahanan kita kerap
meninggalkan posisi mereka membantu bahagian tengah ketika menyerang
kubu Vietnam sehingga hanya tinggal dua pemain pertahanan.
"Ini memudahkan lawan melakukan serangan mengejut menerusi corak
permainan pantas. Saya harap Dollah dapat memperbaiki kelemahan di
bahagian pertahanan pada aksi di Hanoi nanti.
No comments :
Post a Comment