Jumlah mangsa banjir di Terengganu di pusat pemindahan berkurangan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu di pusat pemindahan berkurangan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu yang ditempatkan di pusat
pemindahan sedikit menurun, namun Dungun menjadi daerah terbaharu
melanda bencana itu.
Mengikut laporan portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Terengganu, sehingga pada kira-kira jam 10 pagi ini, seramai 884 mangsa
daripada 234 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan membabitkan
lima daerah.
Bagaimanapun, Besut menjadi daerah pertama yang menutup pusat
pemindahan apabila seramai 16 mangsa membabitkan tiga keluarga di satu
pusat pemindahan di Besut dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Daerah Kemaman kekal dengan bilangan mangsa paling ramai iaitu 421
orang daripada 104 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan
diikuti Dungun seramai 311 mangsa membabitkan 92 keluarga berada di tiga
pusat pemindahan.
No comments :
Post a Comment