Pas-Umno Selangor tak pernah bincang isu MB
Pas-Umno Selangor tak pernah bincang isu MB
-
Mohd Khairuddin Othman
SHAH ALAM - Pas Selangor menegaskan tiada sebarang perbincangan antara
Umno dan Pas di negeri ini membabitkan sokongan terhadap Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, penegasan itu dibuat
ekoran ada laporan berita yang menyebut seolah-olah wujudnya
persefahaman di antara Umno dan Pas di Selangor bersabit isu itu.
"Saya berani sahkan bahawa Pas Selangor tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan Umno Selangor.
"Ramai pihak yang membuat andaian melulu sedangkan mereka bukan Adun
atau ahli perhubungan Pas di Selangor. Mereka hanya membuat andaian,"
katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut soal sokongan Umno kepada Abdul Khalid dalam kemelut
jawatannya yang masih belum berakhir itu, Khairuddin mendakwa Umno
Selangor bimbang sekiranya berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN)
"Tindakan Umno menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim adalah kerana Umno tidak mahu Dun dibubarkan dan berlakunya PRN.
"Ini kerana kerana Umno sendiri tidak yakin (nasib dalam PRN)," katanya.
Ujarnya lagi, meskipun Umno menunjukkan sokongan jelas kepada Abdul
Khalid dan Pas masih membenarkan keempat-empat Exconya berkhidmat
seperti biasa, tidak bermakna parti itu bekerjasama dengan Umno negeri
ini.
"Itu tak bermakna Pas Selangor dan Umno Selangor bekerjasama.
"Pendirian Pas Selangor adalah setia, kekal dan mempertahankan PR termasuk mengekalkan empat Exco kita," katanya.
No comments :
Post a Comment