Perayu jalanan pasif
Perayu jalanan pasif
Kuala Lumpur: Kehadiran bayi dan kanak-kanak dipangku pengemis khususnya warga asing bagi menagih simpati orang ramai terutama di sekitar Lembah Klang yang dilihat bersikap pasif menimbulkan tanda tanya, mungkinkah bayi dan budak malang itu sudah diberi bahan khayal?
Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan kanak-kanak berusia lingkungan 12 tahun ke bawah itu berada dalam keadaan longlai dan diam walaupun dipangku atau diriba berjam-jam dan ini sangat meragukan berbanding keadaan normal budak seusia mereka yang aktif dan ceria.
Lebih menimbulkan persoalan apabila si comel dikendong pengemis yang diragui sama ada anak mereka atau bukan di merata-rata tempat termasuk di kawasan sibuk di ibu kota dan pasar malam di pinggir bandar raya itu kedudukannya sentiasa terbaring seperti memang sudah dilatih sebegitu.
Modus operandi pengemis mengendong anak menyusu botol dan tidur sambil menggoncangkan baldi kecil yang berisi syiling sudah semestinya mengundang simpati.
PENGEMIS tidak menghiraukan keselamatan bayi dibawa.
Wartawan sempat menemubual seorang pengemis wanita yang membawa anak kecil di pasar malam di Taman Serdang Raya dekat sini, dan dalam temu bual ringkas itu wanita terbabit menyatakan dia berasal dari Kemboja serta mendakwa tidak fasih berbahasa Melayu.
No comments :
Post a Comment