Ads Space

Shalwati direman 11 hari lagi

No comments

Shalwati direman 11 hari lagi


STOCKHOLM: Seperti juga suaminya, Shalwati Norshal dilanjutkan reman selama 11 hari lagi sehingga 10 Februari depan.
Mahkamah Daerah Solna memutuskan lanjutan reman itu menerusi pautan video, bagi membolehkan siasatan atas tuduhan memukul anak dijalankan.
Hakim meluluskan permohonan pendakwa Anna Arnell bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut kes berkenaan.

Shalwati ditahan sejak 18 Disember lalu, hadir bersama peguamnya, Kristopher Stahre.
Foto
MAHKAMAH Daerah Solna, Stockholm. FOTO Yusmizal Dolah Aling

Sebelum ini, reman sudah dilanjutkan selama tiga kali.

Sejak tempoh berkenaan, keempat-empat anaknya dijaga sementara keluarga angkat ditetapkan pihak berkuasa Sweden.

Semalam di mahkamah sama, suaminya Azizul Raheem Awalludin dilanjutkan reman bagi membantu siasatan juga sehingga 10 Februari depan.

No comments :

Post a Comment