Ads Space

‘Bukan satu langkah bijak’

No comments

‘Bukan satu langkah bijak’


Kuala Lumpur: Bekas pemain bola sepak kebangsaan Khalid Ali berpendapat program Harimau Muda A ke Australia pada Mac ini yang menelan kos agak mahal di anggap bukan satu langkah bijak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Beliau berkata, menerusi peruntukan RM4 juta dengan separuh daripadanya disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), badan induk itu boleh merencana program lain yang lebih berkesan dan baginya, Liga Queensland bukanlah destinasi terbaik untuk skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu.
“Bagi saya Queensland bukanlah lokasi bola sepak terbaik di dunia mahupun di Australia, kalau di Sydney saya boleh terima. Pada saya lebih baik pemain-pemain ini beraksi dengan kelab-kelab atau pasukan negeri dalam Liga Super.

“Dengan peruntukan yang ada, FAM sebenarnya boleh menghantar pemain ini menjalani latihan dengan kelab di Jepun atau Korea Selatan untuk beberapa bulan. Mereka perlu berlatih dan bermain dengan pemain yang matang serta berada di tahap lebih baik.
Foto
PEMAIN negara sepatutnya dihantar jalani latihan di negara seperti Jepun atau Korea Selatan.

“Saya pernah ke Brazil selama dua bulan, saya dapat lihat pemain muda mereka dihantar berlatih di kelab-kelab terbaik di sana seperti Fluminense, Santos dan Sao Paulo. Di situ mereka dapat berlatih dan bermain bersama pemain terbaik, jadi dari situlah mereka mendapat pendedahan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

No comments :

Post a Comment