Tiada senyuman Kim Swee
Tiada senyuman Kim Swee
Nay Pyi Taw: Tiada senyuman dijelmakan pengendali negara Datuk Ong Kim Swee yang menyambut hari lahirnya ke-43 hari ini.
Anak buahnya memulakan kempen mempertahankan pingat emas Sukan SEA agak hambar apabila hanya menewaskan pasukan kerdil Kumpulan A, Brunei 2-0.
Namun Kim Swee tetap menarik nafas lega dengan kejayaan mengutip tiga mata penuh pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Zeyer Thiri itu.
“Semua pemain tidak suka dengan keputusan ini kerana mereka mahu banyak gol,” katanya.
ASHRI (kanan) jaring gol kedua perlawanan.
Beliau turut menjelaskan kegagalan pemain membuat penyudah pada babak pertama memberi keyakinan kepada lawan menyerang balas.
No comments :
Post a Comment