The Walking Dead musim keempat lebih tragik
Sekian lama dinantikan, akhirnya musim keempat siri yang mencetus
fenomena The Walking Dead yang berkisar mengenai ‘zombie’ akan mula
ditayangkan Ahad ini jam 10 malam di saluran FOX Movies Premium (Astro
413) dan FOX Movies Premium HD (Astro 433).
Kali ini dengan kisah lebih tragik dengan pelbagai ‘twist’ mengenai
kumpulan manusia yang terselamat diketuai Rick Grimes lakonan Andrew
Lincoln, musim terbaru The Walking Dead ini turut menyaksikan kemunculan
beberapa watak baru.
Di sebalik keadaan yang mula tenang selepas mereka menjumpai satu
lokasi terbaik dan paling selamat daripada ‘zombie’, namun mereka
terlupa nyawa mereka tidak akan ada jaminan.
Di luar pagar yang menjadi tembok pemisah bagi memastikan
‘perkampungan’ itu selamat, ratusan ‘zombie’ yang dahagakan daging
mentah dan hanya menanti peluang membaham mangsa.
Selain ancaman ‘zombie’, mereka turut berdepan dengan golongan
manusia yang hilang pedoman, kewarasan dan nilai kemanusiaan yang turut
menjadi ancaman buat Rick dan kumpulannya.
Selain itu, dengan kelahiran bayi perempuannya yang bernama Judith,
tanggungjawab Rick semakin besar termasuk kewajipannya sebagai ketua di
situ.
Bukan itu saja yang mengisi plot musim baru sebanyak 16 episod
berkenaan, tetapi kali ini penonton bakal melihat sisi indah baik
persahabatan, kekeluargaan dan percintaan mulai dipupuk dalam koloni
itu.
Musim lalu, Rick tekad membawa masuk kelompok yang baru dikenalinya
ke lokasi selamat itu dengan harapan dapat menguatkan lagi pasukan itu
serta menambah tenaga kerja. Dalam masa yang sama dia juga mula cuba
menerapkan nilai-nilai murni terutama buat panduan kepada anak lelakinya
Carl (Chandler Riggs).
Selain itu, dia berusaha memastikan atmosfera lokasi berkenaan
terasa lebih aman dan seperti hidup normal sebelum ini dengan mula
bercucuk tanam serta menternak haiwan.
Apapun, biar kebal mana pertahanan tempat tinggal mereka itu dan
betapa pasti yang terselamat, takdir tetap kejam apabila hari demi hari
mereka kehilangan anggota.
Itu tidak termasuk ketegangan serta percanggahan pendapat yang
sering menjadi penyebab kepada perpecahan mereka. Tanpa penyelesaian
serta rasa hormat, sukar untuk mendapat kesepakatan itu.
Kisah cinta jadi sandaran
Di sebalik perjuangan mempertahankan nyawa dan perlu terus kejam
membunuh ‘zombie’ untuk hidup, musim ini juga menyaksikan babak cinta
antara Glenn Rhee (Steven Yeun) dan Maggie Greene (Lauren Cohen) semakin
utuh.
Musim lalu, pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk bertunang
dan hubungan itu berterusan sehinggakan mereka mula berharap mahu
membina sebuah kehidupan sebenar yang lebih normal.
Lauren menyifatkan untuk sampai ke tahap itu, mereka masih lagi
bertahan dan mampu melakukannya. Namun, potensi nyawa terancam tetap
menguasai diri.
“Mungkin sebelum ini kami sudah lalui pelbagai jenis bahaya dan mula
boleh mengendalikannya selepas berjaya melakukannya sebelum ini.
Apapun, pada musim ini banyak lagi jenis ancaman baru tidak disangka
boleh berlaku. aktres jelita kelahiran United Kingdom itu
“Namun, bahagian paling saya suka melakonkan watak Maggie adalah
apabila dia sentiasa memastikan harapan itu ada dan membuktikan bukan
semuanya akan berakhir tragedi.
“Dinamik kekeluargaan yang sudah ditunjukkan pada musim sebelumnya
juga diteruskan lagi musim dan sudah ada lokasi selamat serta komuniti
sepakat, memang patutlah kena tambah juga elemen cinta,” kata aktres
jelita kelahiran United Kingdom itu.
Memulakan siaran pada Ahad ini jam 10 malam, namun selepas ini
episod seterusnya akan boleh diikuti pada hari sama, jam 11 malam.
No comments :
Post a Comment