Liga Lawak SuperStar 2013 minggu 1
Liga Lawak SuperStar 2013 minggu 1
Stesen TV nombor satu Malaysia, TV3 bakal
muncul dengan program realiti terbaru, Liga Lawak Superstar yang akan
mula bersiaran pada 6 Oktober 2013. Program ini memperlihatkan
kewibawaan barisan selebriti terkenal tanah air dalam mempamerkan
kreativiti mereka dalam sketsa komedi.
Rancangan ini menampilkan 16 pelakon dari
drama-drama di TV3 seperti Zalif Sidek, Qazeem Nor, Idzham Ismail,
Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Shafiq Kyle, Akim Ahmad,
Anad Ridzuan, Hairi, Aman Nassim, Mikael Andre, Sherry Ibrahim, Kamal
Adli, Iqram Dinzly dan Nad Zainal.
Setiap kumpulan diberi seorang komedian yang
terdiri daripada Azlee Senario, Aziz M.Osman, Ilya, Hamdan, Sathiya,
Bell Ngasri, Ropie dan Farouk Hussein untuk memberi panduan, tunjuk ajar
serta strategi kepada ahli pasukan masing-masing untuk berjaya.
Afdlin Shauki dan Adibah Noor akan
digandingkan sebagai pengacara manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan
Adlin Aman Ramlie dipilih untuk menjadi juri bagi musim ini.
Menariknya, Liga Lawak Superstar membawa
kelainan apabila lapan kumpulan berbeza akan berentap sesama sendiri
dalam permainan-permainan yang menguji kemahiran melakukan improvisasi
melalui tugasan-tugasan yang diberi.
Sebelum menjejakkan kaki ke pentas Liga Lawak
Superstar, peserta harus menyertai Liga Lawak Superstar 101 selama dua
hari di Perkampungan Latihan dan Rekreasi Hulu Langat, Selangor.
Menerusi latihan yang disediakan, mereka didedahkan dengan pelbagai
teknik permainan yang terdapat dalam saingan program ini.
Mampukah Liga Lawak Superstar 101 ini memberi
keserasian dan persediaan rapi kepada peserta dan mengasah bakat
kreativiti mereka dalam mempamerkan persembahan hebat?
Jangan lupa saksikan rakaman aktiviti
selebriti-selebriti di Liga Lawak Superstar 101 ini menerusi episod
pertama Liga Lawak Superstar pada 6 Oktober 2013 dan siaran langsung
Liga Lawak Superstar bermula episod kedua setiap hari Ahad jam 9.00
malam di TV3.
No comments :
Post a Comment