Ads Space

RON95, diesel naik 20 sen

No comments


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini, umum kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Najib dalam sidang medianya berkata, ini adalah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan

Menurutnya, ketika ini, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah
RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. - Bernama

No comments :

Post a Comment